{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Thursday, June 27, 2013

HARI PERASMIAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2013

27 Jun 2013 merupakan hari perasmian sukan tahunan bagi SK Durian MAs setelah 3 hari menjalani pertandingan sukan peringkat sekolah. Rumah merah , hijau, kuning dan biru menjadi lambang kepada pertandingan tersebut. Mata yang terkumpul akan dikira pada hari terakhir pertandingan bermula dari Hari Selasa hinggalah hari Khamis. Antara pertandingan termasuklah Lari mengumpul kacang, lari menarik bola dengan gelung dan sebagainya bagi tahap satu. Bagi tahap dua pula, Pertandingan merangkumi larian 4x 100m, larian 200m dan sebagainya. Jemputan turut diundang bagi memeriahkan lagi majlis. Di samping itu, pertandingan turut terbuka kepada pegawai dan ibu bapa seperti pancing botol.

Hari Sukan disudahi dengan perasmian oleh pengerusi PIBG dan diakhiri dengan pembahagian hadiah.