{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Monday, October 28, 2013

HARI PERSARAAN GURU BESAR TERCINTA

Tanggal 30 Oktober 2013,  berakhirlah perjuangan seorang guru yang sangat dikasihi oleh murid-muridnya dan semua warga SKDM. 23 Mac merupakan hari sambutan majlis persaraan guru besar yang mana sambutannya adalah antara yang sangat meriah. Semua guru dan staff memberikan idea dan mengembeleng tenaga dalam menjayakan majlis ini.

Dalam ucapannya yang serak-serak basah itu, Guru besar tidak putus2 memberikan amanat terakhirnya kepada murid-murid yang dikasihi. Siapa tidak sebak, apabila guru menjemputnya di rumah lagak gaya menjemput seorang perwira negara yang baru saja berjaya menewaskan musuh di medan perang. Dengan kereta yang dilengkapi reben, Guru besar dinantikan oleh murid-muridnya di pintu pagar sekolah, menyambut kedatangan yang dirai. Dan selepas itu, beliau diarak menuju ke pentas utama.