{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Friday, February 26, 2016

Pelancaran Program Guru Penyayang

Pada 21 Februari yang lalu, SKDM telah mengadakan majlis Pelancaran Program Guru Penyayang yang di adakan di dataran perhimpunan.

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Justeru, guru penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa cerita, prihatin dan sabar. 

Guru Penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Objektif pelaksanaan guru penyayang ialah guru perlu membudayakan amalan penyayang dan menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. Selain itu, guru perlu menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah di samping menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Selaras dengan tujuan di atas, SKDM telah melancarkan Program Guru Penyayang pada hari ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah guru mengalu-alukan kehadiran murid, pelaksanaan Program Mentor-Mentee dan memberi penghargaan kepada murid.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada guru besar SKDM, Tuan Haji Che Muhammad Nor bin Che Yusof.
Seterusnya, beliau merasmikan Program Guru Penyayang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian fail mentor-mentee kepada guru kelas.


Seterusnya, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Rohani Binti Hasam menyampaikan kad ucapan serta hadiah kepada pelajar yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Januari.

  Akhir sekali, para guru berdiri bagi menyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu' bagi meraikan pelajar-pelajar yang menyambut ulang tahun kelahiran.