{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Thursday, August 25, 2011

Hari akhir persekolahan sebelum cuti raya

Pertama sekali, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga hari lebaran ini dapat kita sambut dengan penuh makna.

Pada 25 Ogos 2011 bersamaan 29 Ramadhan 1432H, semua warga SKDM berkumpul di surau sekolah untuk majlis bersalaman sebelum mereka bercuti seminggu menyambut Hari Raya Puasa.

Guru-guru telah diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata dan ucapan dalam pertemuan tersebut. Antara ucapan guru- guru termasuklah berpesan kepada pelajar supaya menyambut hari raya dengan cara Islam, Istiqomah dalam beribadat dan jangan bermain mercun.




Majlis berakhir sekitar 12.30.

~SeLAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN~



Tuesday, August 23, 2011

Perjumpaan ibu bapa /penjaga Murid Tahun 6

Guru besar Sk Durian Mas mengambil inisiatif ini untuk menerangkan beberapa perkara kepada ibu bapa.


Antara perkara yang diberitahu termasuklah berkenaan Analisa OTI 2011 . Hal ini dibincangkan bagi mendedahkan kepada ibu bapa berkenaan pencapaian penuh peperiksaan OTI 2011 pelajar Sk durian Mas.

Selain itu, Guru besar turut memberitahu ibu bapa berkaitan perjumpaan pelajar elit yang bertempat di Sk Tok Jiring. Pelajar yang terpilih perlulah hadir bersama-sama ibu bapa/penjaga masing-masing.






Thursday, August 18, 2011

Salam Aidilfitri

Add caption

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini dah 18 Ramadhan 1432H. Jika Hari Raya jatuh pada 30hb, bermakna tinggal sebelas hari lagi untuk semua umat Islam menunaikan ibadah puasa. Semoga anda semua masih diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meningkatkan amal ibadah terutamanya di 10 terakhir bulan ramadhan ini.

Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)


Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :
  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.


Thursday, August 11, 2011

Slmt menjalani Ibadah puasa dan selamat menyambut Nuzul Quran

Program Ihya Ramadhan 2011
Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, program Ihya Ramadhan dirancang khas untuk mengisi aktiviti murid dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Ia bertujuan mendidik murid menjadi individu muslim yang berpengetahuan khususnya mengenai Ibadah Puasa seterusnya menghayati Bulan Ramadhan sebagai bulan kebajikan. 

Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Soalan kuiz (Tahap 1)
2. Bacaan Al Quran setiap pagi
3. Pertandingan Buku Skrap
4. Pengumuman Info Ramadhan setiap hari 
5. Ceramah Ringkas Ramadhan setiap Hari Ahad di perhimpunan mingguan

Semoga program ini dapat melatih murid mencari maklumat dan input berkaitan Kelebihan Ramadhan, perkara-perkara berkaitan Puasa Ramadhan dan secara tak langsungnya akan melahirkan murid-murid yang bersungguh-sungguh melakukan ibadah puasa khususnya serta menjadi insan berkualiti baik pada amnya. InsyaAllah...