{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Tuesday, April 22, 2014

Perkhemahan 2014

Pada 17-19 April 2014, diadakan perkhemahan di Tapak Perhimpunan  SK Durian Mas, K.Terengganu. Cuaca pada hari perkhemahan sangat baik dan melancarkan perjalanan aktiviti tersebut.Perkhemahan melibatkan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Antara aktiviti-aktiviti yang dibuat termasuklah memasak, ikatan dan kecemasan,pertandingan kawad dan pertandingan malam kebudayaan.

Aktiviti memasak ini sememangnya merupakan satu aktiviti yang dinanti-nantikan oleh guru dan juga murid. Hal ini adalah kerana pada tahun ini, terdapat satu kelainan di mana murid perlu memasak sendiri menggunakan dapur kayu. Pelbagai reaksi dapat dilihat. Semua murid berasa gembira dengan aktiviti memasak ini.

Pertandingan kawad telah dilaksanakan di padang sekolah. Kesemua badan beruniform telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan ini. Dalam pertandingan kawad kaki, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah merangkul juara manakala Pengakap mendapat tempat kedua diikuti Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Puteri Islam dan Tunas Puteri.

Pertandingan malam kebudayaan telah dilakukan pada Jumaat malam. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada semua pihak termasuk ibu bapa murid dan penduduk sekitar sekolah. Kesemua unit tampil memberikan persembahan hebat mereka. Antara persembahan yang dipertandingkan termasuklah pentomin, lakonan, serta nyanyian. Keseluruhan malam kebudayaan ini telah dimenangi oleh Tunas Kadet Ramaja Sekolah diikuti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam, Tunas Puteri dan Pengakap. Tahniah diucapkan kepada semua peserta pertandingan.

Perkhemahan Badan Unit Beruniform 2014 ini merupakan satu aktiviti yang dapat membentuk disiplin murid dan memberi pengalaman yang bermakna kepada mereka.