{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Thursday, July 24, 2014

Majlis pembahagian duit raya dan bersalam-salaman


Bermula pukul 8.30 pagi , majlis khatam Al-Quran , penyampaian hadiah, taddarus dan hafazan diadakan di surau skolah.


Ibu bapa hadir memenuhi undangan guru ke sekolah dan majlis dimulakan dengan bacaan doa. , seterusnya ucapan pengerusi PIBG  dan diikuti dengan ucapan Guru Besar.

Majlis menjadi lebih rancak dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada murid miskin dan yatim. Ibu bapa bersama kesemua anak-anak tampil ke hadapan menerima sumbangan.. Kemudian pembahagian duit raya bermula dengan murid miskin dan yatim diikuti penyampaian duit raya kepada semua murid sekolah.

Akhir sekali, murid-murid beratur bersalam-salaman dengan semua guru dan diikuti sesama guru... Semoga Ramadhan yang kita tinggalkan mampu mengubah diri kita menjadi yang lebih baik serta istiqomah dalam melaksanakan ibadah meskipun memasuki bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. InsyaAlllah!


~ADMIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA~

Tuesday, July 22, 2014

RAMADHAN AL-MUBARAK




Untuk mengisi malam Lailatul Qadar,Rasulullah dan para sahabat melakukan  beberapa amalan seperti berikut: -



a) Mandi, berpakaian indah dan memakai harum-haruman.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu.




b. Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.




c. Memperbanyak doa.
Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.


Dalam kita menyambut Ramadhan yang bakal meninggalkan kita dan menyambut kedatangan Syawal, sama-samalah kita mendoakan Saudara kita di Palestin dan sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa MH17. Semoga Islam diberikan kemenangan oleh Allah S.W.T dan memberikan kekalahan kepada KAFIR LAKNATULLAH!