{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Tuesday, September 8, 2015

Peperiksan UPSR bermula dan Lawatan Murid Prasekolah ke JPAM

8 September 2015, bermula UPSR 2015. Diharap murid -murid dapat menjwab soalan peperiksaan dengan tenang. Antara yang boleh dibuat sebelum peperiksaan adalah:-
Ambil wudhuk' ,kumpul alat tulis dan genggam alat tulis tersebut. Bacalah bacaan-bacaan berikut:

  • Al-Fatihah,7 kali
  • Selawat,7 kali
  • Tasbih(Subhanallah),Tahmid(Alhamdulillah),Tahmid(Alhamdulillah) masing2 44 x
  • Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  • Seterusnya, bcalah doa

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..” Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak

Pada hari peperiksaan, ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Semoga dengan usaha, doa dan tawakkal, dimudahkan jalan oleh Allah S.W.T  mendapat kecemerlangan dalam UPSR .

Lawatan murid-murid prasekolah ke JPAM(Jabatan pertahanan Awam. Aktiviti di JPAM termasuklah aktiviti mewarna , melihat demontrasi penangkapan ular dan murid-murid dapat memasuki kapal besar yang berada di Jabatan tersebut..

Aktiviti mewarna

Murid-murid diperkenalkan dengan boat kecemasan

Pertunjukan  menangkap ular

Murid-murid Sk Durian Mas bergambar bersama ular Sawa

Murid-murid bergambar sebelum balik 


Lagi gambar sebelum menaiki bas
Murid-murid ke Giant untuk bermain di kawasan permainan dan seterusnya menikmati makan tengahari.... Kemudian, bertolak pulang ke SK Durian Mas..