Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu!
Wednesday, May 16, 2012
Selamat hari Guru
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan.
Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu!
Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu!
Thursday, February 23, 2012
Aktiviti gontong-royong
Pada hari ini, 23 Februari 2012, gontong -royong diadakan di sekolah Kebangsaan Durian Mas, Manir, K.Terengganu. Kawasan-kawasan yang terlibat termasuklah semua kelas dan laluan-laluan utama.
Semua guru kelas diberi tanggungjawab untuk memantau aktiviti murid-murid bagi kelas masing-masing. Malahan guru-guru turut terlibat sama dalam menjayakan aktiviti tersebut
Gambar gontong -royong
Sunday, February 12, 2012
Sambutan Maulidul Rasul
Semua murid diminta berkumpul di Dataran Perhimpunan dengan sepanduk mengikut kekreatifan masing-masing. guru-guru membahagikan kertas untuk panduan murid apabila perarakan bermula.
Video selawat
Wednesday, February 8, 2012
Majlis Temu Murni
Majlis Temu Murni diadakan diantara guru dengan ibu bapa pelajar pada hari ini iaitu pada 8 Februari 2012(Rabu) dengan pendaftaran pada pukul 9.00 pg.
Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah bagi mendengar sedikit sebanyak taklimat berkenaan peningkatan akademik pelajar berdasarkan peperiksaan TOV yang baru saja dilalui oleh murid tahun 6 beberapa minggu yang lepas.
Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah bagi mendengar sedikit sebanyak taklimat berkenaan peningkatan akademik pelajar berdasarkan peperiksaan TOV yang baru saja dilalui oleh murid tahun 6 beberapa minggu yang lepas.
Seawal 9.00 pg, ibu bapa dijemput ke bilik tayangan bagi mendengar ucapan guru besar , motivasi, pembentangan target dan laporan program-program oleh guru yang berkenaan. Di samping itu, penyampaian hadiah dan sijil turut diberikan kepada beberapa pelajar target supaya menjadi motivasi bagi menambahkan semangat belajar di dalam diri murid-murid tersebut.Sekitar pukul 11.00pg, murid-murid dikehendaki membuat lafaz ikrar murid dan Tanggunjawab diikuti tandatangan kad Tov oleh ibu bapa.
Ibu bapa dijemput ke jamuan kecil-kecilan yang diadakan bagi meraikan kehadiran ibu bapa dan majlis bersurai sekitar pupkul 12.00 tengahari.
Thursday, January 19, 2012
LARIAN MERENTAS DESA
Seawal 8.15 pg, guru-guru dan pelajar mula berkumpul di dataran perhimpunan untuk pemanasan tubuh sebelum acara merentas desa. Cikgu Zalipah Awang selaku konduktor mengetuai pelajar dalam pemanasan badan tersebut.
Sementara itu, untuk pelajar tahun 1 dan pra diadakan pertandingan mewarna. Pelajar mewarnakan kertas yang bertemakan sukan.
![]() |
| Pemanasan badan sebelum larian merentas desa |
..................................................
![]() |
| Pertandingan mewarna pelajar pra dan darjah 1 |
..................................................
![]() |
| Juri menanti kehadiran para pemenang |
........................................
<................................
Subscribe to:
Posts (Atom)












