{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Thursday, January 28, 2016

Mesyuarat PIBG Kali ke-20

Pada 29 Januari 2016, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-20 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Durian Mas, Manir.




 Tepat pukul 2.30 petang, para ibu bapa dan guru mendaftarkan diri kaunter pendaftaran


 Para tetamu mengambil tempat masing-masing.

 Hadiah untuk cabutan bertuah sumbangan PIBG dan Encik Yusof bin Awang Hitam.

 Para tetamu VIP

 Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

 Para pencatat minit Mesyuarat.

Bacaan Doa oleh Ustaz Muhammad Fahmi 

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SKDM, Tuan Haji Che Muhammad Nor bin Che Yusof.

 Ibu bapa dan guru-guru yang hadir tekun mendengar ucapan yang disampaikan oleh pengerusi PIBG, Tuan Haji Nokman bin Zakaria.

 Pengerusi PIBG, Tuan Haji Nokman bin Zakaria.

 Ucapan perasmian daripada tetamu VIP yang diraikan Encik Alias bin Abdullah, pembantu ahli parlimen Kuala Terengganu, YB Dato' Jailani bin Johari.

 Para tetamu dihiburkan dengan persembahan yang dikendalikan oleh pelajar tahun 5 dan 6.

Selain itu, mesyuarat PIBG pada kali ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid tahun 6 yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2015. Di samping itu, pelajar yang lulus semua mata pelajaran juga turut diraikan. Justeru, seramai 29 orang murid diberi hadiah berupa thumbdrive hasil sumbangan setiap guru SKDM. 



 Antara tetamu yang bertuah mendapat hadiah.

Setelah itu, mesyuarat bermula dan dipengerusikan oleh Encik mohd Nor. Minit Mesyuarat PIBG Kali ke-19 dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Fahmi dan pembentangan kewangan PIBG bagi sesi 2014/2015 dilaporkan oleh Ustazah Wan Zamariah binti Wan Long selaku bendahari PIBG pada tahun 2015. Ahli Jawatankuasa PIBG 2014/2015 dibubarkan oleh YDP Tuan Haji Nokman bin Zakaria.

Majlis diteruskan dengan pemilihan dan perlantikan AJK PIBG sesi 2016/2017


Warga SKDM merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang hadir.

Gotong-royong Membersih Persekitaran Sekolah dan Program Cari dan Musnah Aedes

Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 7.45 pagi dengan aktiviti pemanasan badan yang dikendalikan oleh empat orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.


Para pelajar dan guru mengambil tempat masing-masing, bersedia untuk aktiviti pemanasan badan.

Para pelajar tekun melakukan aktiviti pemanasan badan. 

 Guru-guru pelatih dari IPGK Dato' Razali Ismail.

 Para guru SKDM yang juga turut bersemangat melakukan aktiviti pemanasan.

Selepas tamat aktiviti pemanasan, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Zakaria bin Besar memberi taklimat mengenai kawasan gotong-royong. Kawasan dibahagikan mengikut kelas dan guru.