{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Monday, February 17, 2014

MAJLIS PEMBAHAGIAN EBOOK

Pada 16 februari 2014(Ahad), berakhirnya sesi persekolahan, murid-murid dan ibu bapa ke Dewan SMK Belara dalam Majlis Pembahagian Ebook bagi murid Tahun 5 2013.

Sebanyak 6 buah sekolah yang terlibat iaitu SKDM, SKPM, SKTM, SKM, SKBK dan SKPB. Murid yang hadir adalah seramai 350 orang.

Majlis dirasmikan oleh wakil YAB Dato' Jailani Johari iaitu Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, En Zakaria b. Hussin.



Tuesday, February 11, 2014

TAKLIMAT DALAM PERKHIDMATAN (FROG VLE)

Wakil PKG- Cik Zakinah
Pada 11 februari 2014 (2.00 ptg)
Tempat: Makmal Komputer SK Durian Mas
Moderator: En. ....(SMK MANIR)
Hadir
Guru-guru & staf sekolah


Gambar akan diuploadkan kemudian.

Sunday, February 9, 2014

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS SEKOLAH

Pada hari ini iaitu 9 Februari 2014, Majlis Pelantikan Watikah diadakan di Tapak Perhimpunan SKDM. Pegawai polis dari Balai Polis Manir dijemput bagi memberikan ceramah berkenaan "Jenayah dan salah laku Pelajar Sekolah". Selepas perasmian upacara pelantikan dibuat kepada Pemgawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ketua dan penolong kelas.


GAmbar akan dimuat turun kemudian.

PROGRAM SENTUHAN KALBU

Program ini melibatkan murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6. Program ini diadakan pada Hari Khamis iaitu 6 Februari 2014. Tujuan program ini adalah untuk memotivasikan murid-murid supaya mempunyai kesedaran diri dan semangat yang tinggi bagi mencapai 5A dalam UPSR. Antara perjalanan Aktiviti ialah . Ceramah motivasi oleh penceramah jemputan , Pn Mashitah bt Yusof. Aktiviti luar turut diadakan oleh Pn.Mashitah yang mana mengaitkan aktiviti tersebut dengan kehidupan seharian murid-murud.

Pada sebelah malam, ibu bapa dijemput hadir bagi menjayakan aktiviti solat hajat bersama-sama.....

Gambar akan dimasukkan kemudian.

Monday, February 3, 2014

LARIAN MERENTAS DESA. KHAMIS

Pada hari Khamis, 30 Januari 2014, satu program merentas desa diadakan di SK Durian Mas.
Bermula senaman ringan di dataran perhimpunan sekolah yang mana laluan adalah mengikut tahap tertentu.