{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Thursday, February 23, 2012

Aktiviti gontong-royong

Pada hari ini, 23 Februari 2012, gontong -royong diadakan di sekolah Kebangsaan Durian Mas, Manir, K.Terengganu. Kawasan-kawasan yang terlibat termasuklah semua kelas dan laluan-laluan utama.

Semua guru kelas diberi tanggungjawab untuk memantau aktiviti murid-murid bagi kelas masing-masing. Malahan guru-guru turut terlibat sama dalam menjayakan aktiviti tersebut



Gambar gontong -royong



Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidul Rasul

Semua murid diminta berkumpul di Dataran Perhimpunan dengan sepanduk mengikut kekreatifan masing-masing. guru-guru membahagikan kertas untuk panduan murid apabila perarakan bermula.

 Video selawat


Wednesday, February 8, 2012

Majlis Temu Murni

Majlis Temu Murni diadakan diantara guru dengan ibu bapa pelajar pada hari ini iaitu pada 8 Februari 2012(Rabu) dengan pendaftaran pada pukul 9.00 pg.
Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah bagi mendengar sedikit sebanyak taklimat berkenaan peningkatan akademik pelajar berdasarkan peperiksaan TOV yang baru saja dilalui oleh murid tahun 6 beberapa minggu yang lepas.


Seawal 9.00 pg, ibu bapa dijemput ke bilik tayangan bagi mendengar ucapan guru besar , motivasi, pembentangan target dan laporan program-program oleh guru yang berkenaan. Di samping itu, penyampaian hadiah dan sijil turut diberikan kepada beberapa pelajar target supaya menjadi motivasi bagi menambahkan semangat  belajar di dalam diri murid-murid tersebut.Sekitar pukul 11.00pg, murid-murid dikehendaki membuat lafaz ikrar murid dan Tanggunjawab diikuti tandatangan kad Tov oleh ibu bapa.



 Ibu bapa dijemput ke jamuan kecil-kecilan yang diadakan bagi meraikan kehadiran ibu bapa dan majlis bersurai sekitar pupkul 12.00 tengahari.