{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Wednesday, November 16, 2011

MAJLIS 3 IN 1

17 November 2011 (Khamis) - Hari ini adalah hari yang penuh bermakna bagi warga SKDM. 3 agenda besar telah digabungkan dalam satu majlis yang penuh kesederhanaan tetapi sungguh meriah. Antara majlis yang diadakan ialah :
  1. Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan
  2. Majlis pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (RM100.00)
  3. Pengumuman Keputusan UPSR 2011

Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan pada kali ini sengaja diadakan pada tarikh yang sama dengan Pengumuman Keputusan UPSR yang kebetulan hari ini adalah hari terakhir persekolahan. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR pada kali ini dalam suasana yang masih hangat.

Ucapan terima kasih kepada ibubapa yang hadir sejak awal pagi lagi bagi menyaksikan anak-anak mereka dianugerahkan hadiah-hadiah sempena kecemerlangan mereka dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini dan prestasi sepanjang tahun 2011. Antara mereka yang dinobatkan adalah :

1. Tokoh Akademik - Muhd Iqbal Faruqi Bin Abd Rahman
2. Tokoh Murid 2011 - Nur Farahiyah Bt Abd Razak
3. Tokoh Olahragawan - M. Syarifuddin Bin Hussin
4. Tokoh Olahragawati - Wan Natasha Ellyna Bt Wan Saifuddin Adzhar
5. Pengawas Sekolah Terbaik - Nur Farahiyah Bt Abd Razak
6. Pengawas Perpustakaan Terbaik - Nurul Ain Najihah Bt Wahab

Kira-kira tepat jam 11.45 pg, Guru Besar, Tuan Hj Abdullah Bin Omar telah mengumumkan Keputusan UPSR 2011 dengan penuh kejutan setelah memberitahu bahawa 7 orang murid telah mendapat 5A. Pengumuman ini diharukan lagi oleh beberapa orang murid yang menitiskan airmata apabila mereka tidak menyangka nama mereka diumumkan antara pelajar yang memperolehi 5A. Suasana yang tadinya ceria tiba-tiba telah menjadi emosi tatkala kebanyakan guru-guru dan para hadirin tidak dapat menahan airmata kegembiraan. 7 orang 5A adalah satu rekod di SKDM, walaupun kecil dibandingkan dengan sekolah lain tetapi ia amat memberi makna kepada semua guru yang selama ini bertungkus lumus mencurah bakti demi kejayaan anak didiknya di sini.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran En Yusoff Bin Awang Hitam selaku Penyelaras DUN Manir yang turut hadir bagi merasmikan majlis tersebut. Setelah memberi ucapannya, beliau turut menyampaikan sedikit insentif daripada beliau sendiri, berupa wang tunai RM 100.00 kepada murid 5A manakala Tuan Guru Besar pula menyampaikan sumbangan PIBG, juga wang sebanyak RM100.00 kepada murid berkenaan.

Bagi acara penutup, semua ibubapa setiap murid telah menerima Bantuan Awal Persekolahan seperti yang telah diumumkan oleh PM dalam Budget 2012.

TAHNIAH!
Kepada seramai 7 orang pelajar Sk Durian Mas Manir yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2011.
Berdiri di belakang dari kiri : Siti Nor Arifah, Nur Farahiyah, Norshaidatul Syuhada


Tuesday, November 1, 2011

Try Your Best

Peperiksaan Akhir Tahun : 31 Oktober 2011 (Isnin) hingga 3 November 2011 (Khamis)

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun kepada semua pelajar.
Semoga dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya dan selamat berjaya.
May Allah bless you !