{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Monday, September 26, 2011

SUSU 1 MALAYSIA

25 September 2011 - Susu 1 Malaysia telah diagihkan kepada murid-murid SKDM pada hari ini. Setiap murid mendapat sekotak susu UHT berperisa coklat dan ianya akan diagihkan 2 kali dalam seminggu.Untuk kali ini pihak sekolah telah menerima penghantaran sebanyak 948 kotak susu yang mana mesti diagihkan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam tempoh 2 minggu. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan tiada masalah. Murid-murid juga seronok menikmati minuman berkhasiat ini setelah sekian lamanya program ini tertangguh. Diharap usaha yang dijalankan ini berterusan dan lebih baik demi meningkatkan prestasi murid seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran mereka.

Sunday, September 25, 2011

BINGKISAN RAYA 2011

View all
25 September - Satu Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan di dewan terbuka
SKDM pada hari ini. Semua murid berseri-seri memakai baju raya dengan membawa pelbagai jenis kuih-muih. Selain daripada menjamu selera, murid-murid turut menunjukkan bakat mereka dengan mendendangkan beberapa buah lagu raya. Mereka juga diberi peluang membacakan kad ucapan Hari Raya (seperti gambar di atas) yang dihasilkan sendiri mengikut kelas. Majlis dihangatkan lagi dengan
persembahan daripada guru-guru dan sekaligus menutup tirai Sambutan Hari Raya Peringkat sekolah pada kali ini. Alhamdulillah. Walaupun majlis diadakan di penghujung Syawal tetapi semangat raya masih terasa dan dalam kesayuan ini  terkenang juga pada cikgu2 yang x-skdm, SELAMAT HARI RAYA kepada semua. Panjang umur, insyaallah kita jumpa lagi.

Monday, September 12, 2011

TIUPAN SEMANGAT UPSR 2011

Pada pagi Khamis yang lepas (8 September 2011) SKDM telah menerima lawatan dari En Md Adam Bin Ismail, Unit SPA JPNT yang mana beliau telah datang untuk membuat pemantauan menyeluruh kepada pengurusan sekolah dan latihan murid. Kesempatan ini juga telah digunakan beliau untuk bertemu murid-murid Tahun 6 dan memberi sedikit pesanan bagi menyuntikkan semangat kepada mereka semua.

Di sebelah tengahari pula, pihak sekolah turut menerima kunjungan daripada pegawai di PPD K.Trg iaitu YM Tuan Hj Tengku Azelam yang sungguh bersemangat memberi motivasi dan nasihat untuk persediaan akhir kepada calon UPSR 2011 di sini. Ucapan beliau sangat berkesan dan menyentuh perasaan murid-murid serta guru-guru. 

Pihak sekolah sungguh berbesar hati dengan lawatan mereka ini dan berharap program suntikan semangat ini akan berterusan pada masa hadapan.


SALAM PERPISAHAN

Baru-baru ni SKDM sering dikunjungi oleh Guru Pelatih daripada IPG Kampus Dato'Razali Ismail. Hmmm agak-agaknya nama SKDM semakin mendapat perhatian. Untuk kali ke 2 bagi tahun ini, SKDM disinggah lagi oleh mereka.

Hari ni nak cerita pasal 2 jejaka hensem (cikgu pratikum yg ditengah tu) dalam gambar ni diapit oleh 2 orang ustazah yg jelitawan.Guru pelatih ini dikenali sebagai :-

1. Muhammad Aizuddin Bin Kasman
2. Mohd Shahmim Ariff Bin Mahamad Nor

Kedua-duanya mengambil major MT1 dan minor PJ. Mereka mula ditempatkan di SKDM pada 3 Julai 2011 hingga 25 Ogos 2011 untuk menjalani sesi praktikum iaitu selama kira-kira 8 minggu. Sepanjang mereka di sini tentu murid-murid bertambah semangatkan? Hehe...Harap-harap biarlah semangat belajar yang meningkat demi mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Mungkin belum terlewat untuk pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih di atas usaha dan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua cikgu tersebut. Selain itu pihak sekolah juga ingin menyusun sepuluh jari lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, terkurang atau terlebih ke, harap-harap dimaafkan. 'Jarum yang patah jgn disimpan di dalam peti, silap dan salah harap dimaafi'.

Semoga pengalaman yang tak seberapa di sini dapat memberi ilham kepada cikgu berdua di masa akan datang apabila bertugas ditempat lain kelak. Keep in touch. :)