{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Wednesday, November 13, 2013

HARI PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH CEMERLANG 2013

 
.......................................
............................
 
 

Monday, November 11, 2013

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU

Kedatangan guru besar baru cukup dinantikan oleh warga SKDM. Dan akhirnya, tanggal 6 November 2013 (RABU), muncullah yang dinanti.
En. Mohamad b. Sulaiman nama diberi. Orangnya tampak segak dalam kot hitam yang dipakainya..
 

Monday, October 28, 2013

HARI PERSARAAN GURU BESAR TERCINTA

Tanggal 30 Oktober 2013,  berakhirlah perjuangan seorang guru yang sangat dikasihi oleh murid-muridnya dan semua warga SKDM. 23 Mac merupakan hari sambutan majlis persaraan guru besar yang mana sambutannya adalah antara yang sangat meriah. Semua guru dan staff memberikan idea dan mengembeleng tenaga dalam menjayakan majlis ini.

Dalam ucapannya yang serak-serak basah itu, Guru besar tidak putus2 memberikan amanat terakhirnya kepada murid-murid yang dikasihi. Siapa tidak sebak, apabila guru menjemputnya di rumah lagak gaya menjemput seorang perwira negara yang baru saja berjaya menewaskan musuh di medan perang. Dengan kereta yang dilengkapi reben, Guru besar dinantikan oleh murid-muridnya di pintu pagar sekolah, menyambut kedatangan yang dirai. Dan selepas itu, beliau diarak menuju ke pentas utama.

Thursday, September 12, 2013

BERAKHIR UPSR 2013

Detik 1 Januari(SELASA), guru-guru dan murid-murid Tahun 6 membilang hari menanti waktu menghadapi peperiksaan UPSR.  Pejam celik, masa berlalu, kini tibalah masanya bermula 10 september 2013, murid-murid mula menjejakkan kaki ke dalam dewan peperiksaan.

Hari ini, adalah hari terakhir murid-murid menjawab soalan peperiksaan.  Setelah sekian lama guru-guru Tahun 6 bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar disamping solat hajat yang turut diadakan, akhirnya guru-guru boleh dikatakan boleh menarik nafas lega meskipun debaran di dada masih tidak berkurang dalam menantikan keputusan UPSR 2013.

Semoga,  segala usaha cikgu mendapat hasil yang memberangsangkan. Dan, Sekolah Kebangsaan Durian Mas, menjadi antara sekolah yang mendapat ramai murid cemerlang dalam UPSR!

Monday, August 26, 2013

SAMBUTAN RAYA 2013

Pada 24 Og0s sekolah telah mengadakan sambutan raya 2013. Majlis bermula dari pukul 7.30 hingga pukul 12.00 tgh.
Guru- guru memberi ucapan sempena sambutan raya .

Di samping itu , murid-murid diberi peluang untuk membuat persembahan menyanyikan lagu raya.
Selepas membuat persembahan murid-murid bersama-sama meraikan kuih raya yang dibawa antara mereka.
Guru-guru bergambar kenangan sempena sambutan raya 2013.Selepas bergambar kenangan , majlis bersurai dan diikuti jamuan guru dikantin sekolah. Tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan sambutan raya 2013.

Monday, July 1, 2013

HARI KELUARGA BERSAMA KELAB GURU

Pada Hari Sabtu, Kelab guru telah mengadakan Lawatan bersama keluarga di Kelantan. Antara tempat-tempat yang mereka lawati adalah Rantau Panjang, KB Mall dan Pengkalan Kubu.Seramai 35 orang terlibat dalam lawatan ini.
Guru-guru masing-masing keletihan setelah bersama-sama berjalan.

Thursday, June 27, 2013

HARI PERASMIAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2013

27 Jun 2013 merupakan hari perasmian sukan tahunan bagi SK Durian MAs setelah 3 hari menjalani pertandingan sukan peringkat sekolah. Rumah merah , hijau, kuning dan biru menjadi lambang kepada pertandingan tersebut. Mata yang terkumpul akan dikira pada hari terakhir pertandingan bermula dari Hari Selasa hinggalah hari Khamis. Antara pertandingan termasuklah Lari mengumpul kacang, lari menarik bola dengan gelung dan sebagainya bagi tahap satu. Bagi tahap dua pula, Pertandingan merangkumi larian 4x 100m, larian 200m dan sebagainya. Jemputan turut diundang bagi memeriahkan lagi majlis. Di samping itu, pertandingan turut terbuka kepada pegawai dan ibu bapa seperti pancing botol.

Hari Sukan disudahi dengan perasmian oleh pengerusi PIBG dan diakhiri dengan pembahagian hadiah.

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru

~SELAMAT HARI GURU, CIKGU!~

Inilah kalimah keramat yang terakhir daripada murid-murid SKDm bersempena Hari guru buat Guru Besar, Cikgu Abdullah b. Omar. Ini kerana beliau akan bersara pada Tahun ini."

Seawal 8.00 pagi murid-murid berkumpul ditempat perhimpunan. Bermula dengan lagu negaraku seterusnya lagu Terengganu dan Lagu Selamat Hari Guru. Guru besar membaca perutusan dari menteri pelajaran dan pk 1 membacakan perutusan daripada jpn. Selepas itu, semua guru mengangkat tangan membaca ikrar bertaat setia dalam menjalankan tugasan mereka.
Gimik dilakukan dengan upacara membelah kek oleh Guru besar dan kedengaran bunyi belon dipecahkan.
 
 
Tamat acara di tempat perhimpunan murid-murid dan guru-guru bergegas ke padang . Acara permainan guru - guru dan guru bersama murid bermula. Antara acara yang dibuat termasuklah Acara bawa bola atas tin, acara mengail selipar, acara pecahkan belon, acara golf gelung , acara bowling tin dan terakhir acara berebut kerusi.
Murid-murid berhenti rehat dan makan. . Selepas rehat bermula acara persembahan dari murid-murid.

Sunday, April 21, 2013

Perkhemahan peringkat sekolah 2013

Pada hujung minggu, SKdm mengadakan program perkhemahan melibatkan persatuan-persatuan. Antara persatuan itu termasuklah PBSM< Puteri Islam, Kadet dan pengakap. Semua yang terlibat diberikan cuti peristiwa pada hari ahad. Gambar aktiviti akan di uploadkan kemudian.

Wednesday, April 3, 2013

English reading 1 Programme

Maklumat tambahan akan penuhkan setelah aktiiviti berjalan

Tuesday, February 5, 2013

Majlis Permuafakatan Guru dan ibu bapa

Majlis ini, kali pertama diadakan pada tahun 2013 membincangkan bagaimana meningkatkan kerjasama antara ibu bapa dan guru bagi meningkatkan kecemerlangan murid pada tahun 2013.

Liputan Aktiviti Januari 2013

 29 Januari 2013- Acara merentas desa melibatkan murid tahap 1 dan 2. Pemenang dikira mengikut kategori masing-masing.


31 Januari 2013- Sambutan Maulidul rasul. Beberapa orang pegawai polis dipanggil bagi mengawal keadaan jalan.


Wednesday, January 2, 2013

Selamat datang 2013

Musim sejuk mengiringi kehadiran Tahun baru 2013. Meskipun hujan turun tanpa henti , murid-murid tetap bersemangat hadir ke sekolah.

Semoga kehadiran tahun baru dapat meningkatkan lagi mutu dan prestasi pelajaran murid-murid dengan meningkatnya semangat tenaga pengajar dan muridnya menuju kecemerlangan. Semua tabiat lama yang tidak elok perlu dikikis dan digantikan dengan tabiat yang jauh lebih indah lagi..

Meskipun kita bergembira menyambut tahun baru, tapi jangan kita lupa sebenarnya kematian semakin mendekat dengan kita.  Tingkatkan amal, jauhkan kemungkaran. Kuatkan ibadat , kurangkan perkara yang mendatangkan dosa.. Biarlah kita tergolong dikalangan hambanya yang tertarik kepada kebaikan. Jangan sesekali meninggalkan solat kerana solat melambangkan sejauh mana teguhnya tiang agama kita.

Bagi warga sekolah wanita, carilah pakaian yang menutup aurat. Maruah kita sebagai wanita perlu dijaga. Dan bagi warga sekolah lelaki, anda adalah KETUA! Buruk baiknya wanita, tergantung kepada anda kerana anda adalah pemimpin.  kecemerlangan pelajaran dan kecemerlangan agama adalah seiring kerana agama yang baik untuk akhlak yang baik bagi mewujudkan kecemerlangan. Contoh seorang guru sangat penting untuk seorang muridnya. Semoga tahun baru kita penuh dengan amal kebaikan dan kecemerlangan bersama InsyaAllah!

Salam kemaafan,
 Bertemu lagi dalam kebaikan.