{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Wednesday, January 2, 2013

Selamat datang 2013

Musim sejuk mengiringi kehadiran Tahun baru 2013. Meskipun hujan turun tanpa henti , murid-murid tetap bersemangat hadir ke sekolah.

Semoga kehadiran tahun baru dapat meningkatkan lagi mutu dan prestasi pelajaran murid-murid dengan meningkatnya semangat tenaga pengajar dan muridnya menuju kecemerlangan. Semua tabiat lama yang tidak elok perlu dikikis dan digantikan dengan tabiat yang jauh lebih indah lagi..

Meskipun kita bergembira menyambut tahun baru, tapi jangan kita lupa sebenarnya kematian semakin mendekat dengan kita.  Tingkatkan amal, jauhkan kemungkaran. Kuatkan ibadat , kurangkan perkara yang mendatangkan dosa.. Biarlah kita tergolong dikalangan hambanya yang tertarik kepada kebaikan. Jangan sesekali meninggalkan solat kerana solat melambangkan sejauh mana teguhnya tiang agama kita.

Bagi warga sekolah wanita, carilah pakaian yang menutup aurat. Maruah kita sebagai wanita perlu dijaga. Dan bagi warga sekolah lelaki, anda adalah KETUA! Buruk baiknya wanita, tergantung kepada anda kerana anda adalah pemimpin.  kecemerlangan pelajaran dan kecemerlangan agama adalah seiring kerana agama yang baik untuk akhlak yang baik bagi mewujudkan kecemerlangan. Contoh seorang guru sangat penting untuk seorang muridnya. Semoga tahun baru kita penuh dengan amal kebaikan dan kecemerlangan bersama InsyaAllah!

Salam kemaafan,
 Bertemu lagi dalam kebaikan.


No comments: