{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Wednesday, November 26, 2014

Pengumuman Keputusan UPSR



Hari ini 26 Disember merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. Cikgu Hilmi dan Cikgu Zakaria ke SK SS2 bagi mengambil keputusan tersebut.




Seramai 3 orang murid mendapat 5A daripada 36 orang calon dan seramai 6 orang murid mendapat 4A, 1B (peningkatan 5.86%) berbanding tahun lepas. Lulus minimum C juga meningkat sebanyak 13.14 % kepada 86.11% berbanding 72.97% pada 2013. Apa yang lebih membanggakan ialah Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat dari 2.18 ke 2.01 - peningkatan sebanyak 0.17.



Tahniah kepada semua guru dan murid-murid yang berjaya. Semoga beroleh kejayaan yang lebih cemerlang di tahun-tahun yang mendatang.

Thursday, November 6, 2014

MAJLIS ASYURA DAN PROGRAM MEMBACA




Pada 6 November 2014 , sekolah telah mengadakan Majlis mengacau bubur Asyura dan program membaca 1Malaysia. Majlis dimulakan seawal 7 pagi. Guru-guru mengambil tugasan masing-masing bagi mengawal 2 program sekaligus. Orang-orang kampung dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis.







Selain itu, kuiz dan ceramah sempena Maal Hijrah turut diadakan yang mana dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Yazi b. Omar. Selepas aktiviti ceramah dan kuiz, pengagihan bubur Asyura dimulakan kepada murid-murid dan semua yang terlibat.