{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Monday, December 19, 2011

SEMPENA CUTI SEKOLAH


Pada minggu persekolahan iaitu bermula daripada 4.12.11-8.12.11(Ahad- Khamis) Pelajar darjah 4 hadir ke sekolah untuk mempelajari penggunaan Microsoft Office.

Pada 12.12.11, kelas tambahan bagi pelajar tahun 5 dan 4 dimulakan sehinggalah akhir waktu cuti persekolahan. Waktu ini digunakan sebaik-baiknya oleh guru-guru bagi mengukuhkan pelajaran dan memudahkan lagi pengajaran yang akan bermula pada 3 Januari 2012.

Wednesday, November 16, 2011

MAJLIS 3 IN 1

17 November 2011 (Khamis) - Hari ini adalah hari yang penuh bermakna bagi warga SKDM. 3 agenda besar telah digabungkan dalam satu majlis yang penuh kesederhanaan tetapi sungguh meriah. Antara majlis yang diadakan ialah :
  1. Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan
  2. Majlis pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (RM100.00)
  3. Pengumuman Keputusan UPSR 2011

Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan pada kali ini sengaja diadakan pada tarikh yang sama dengan Pengumuman Keputusan UPSR yang kebetulan hari ini adalah hari terakhir persekolahan. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR pada kali ini dalam suasana yang masih hangat.

Ucapan terima kasih kepada ibubapa yang hadir sejak awal pagi lagi bagi menyaksikan anak-anak mereka dianugerahkan hadiah-hadiah sempena kecemerlangan mereka dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini dan prestasi sepanjang tahun 2011. Antara mereka yang dinobatkan adalah :

1. Tokoh Akademik - Muhd Iqbal Faruqi Bin Abd Rahman
2. Tokoh Murid 2011 - Nur Farahiyah Bt Abd Razak
3. Tokoh Olahragawan - M. Syarifuddin Bin Hussin
4. Tokoh Olahragawati - Wan Natasha Ellyna Bt Wan Saifuddin Adzhar
5. Pengawas Sekolah Terbaik - Nur Farahiyah Bt Abd Razak
6. Pengawas Perpustakaan Terbaik - Nurul Ain Najihah Bt Wahab

Kira-kira tepat jam 11.45 pg, Guru Besar, Tuan Hj Abdullah Bin Omar telah mengumumkan Keputusan UPSR 2011 dengan penuh kejutan setelah memberitahu bahawa 7 orang murid telah mendapat 5A. Pengumuman ini diharukan lagi oleh beberapa orang murid yang menitiskan airmata apabila mereka tidak menyangka nama mereka diumumkan antara pelajar yang memperolehi 5A. Suasana yang tadinya ceria tiba-tiba telah menjadi emosi tatkala kebanyakan guru-guru dan para hadirin tidak dapat menahan airmata kegembiraan. 7 orang 5A adalah satu rekod di SKDM, walaupun kecil dibandingkan dengan sekolah lain tetapi ia amat memberi makna kepada semua guru yang selama ini bertungkus lumus mencurah bakti demi kejayaan anak didiknya di sini.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran En Yusoff Bin Awang Hitam selaku Penyelaras DUN Manir yang turut hadir bagi merasmikan majlis tersebut. Setelah memberi ucapannya, beliau turut menyampaikan sedikit insentif daripada beliau sendiri, berupa wang tunai RM 100.00 kepada murid 5A manakala Tuan Guru Besar pula menyampaikan sumbangan PIBG, juga wang sebanyak RM100.00 kepada murid berkenaan.

Bagi acara penutup, semua ibubapa setiap murid telah menerima Bantuan Awal Persekolahan seperti yang telah diumumkan oleh PM dalam Budget 2012.

TAHNIAH!
Kepada seramai 7 orang pelajar Sk Durian Mas Manir yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2011.
Berdiri di belakang dari kiri : Siti Nor Arifah, Nur Farahiyah, Norshaidatul Syuhada


Tuesday, November 1, 2011

Try Your Best

Peperiksaan Akhir Tahun : 31 Oktober 2011 (Isnin) hingga 3 November 2011 (Khamis)

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun kepada semua pelajar.
Semoga dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya dan selamat berjaya.
May Allah bless you !

Tuesday, October 11, 2011

TAWARAN TENDER KANTIN SKDM

Pihak pengurusan SKDM telah mengeluarkan Tawaran Tender Kantin untuk sesi 2012 - 2013. Individu yang berminat bolehlah mendapatkan Borang Tender Kantin di pejabat SKDM secara PERCUMA pada waktu pejabat mulai 6 Oktober 2011 hingga 20 Oktober 2011.

Sedikit info mengenai Tender Kantin ini :-

1. Perjanjian Kantin ini akan bermula pada 1 Disember 2011 hingga 30 November
    2013 ( 24 bulan ).
2. Pembayaran Sewa Kantin pada bulan Disember 2011 dikecualikan.

3. Jumlah murid di SKDM adalah seramai 262 orang manakala jumlah guru + staf
   + pekerja adalah seramai 37 orang.

4. Hantar borang yang telah siap diisi menggunakan pos berdaftar dan bertanda
    SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH di bahagian atas sudut kiri.

5. Sertakan juga wang pos bernilai RM100.00 atas nama GURU BESAR SK
    DURIAN MAS, KUALA TERENGGANU.

6. Borang serta dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat
    SKDM selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2011 jam 12.00 tgh.

Diharap kepada sesiapa yang berminat cepat-cepat mengambil borang, isi dan hantar.

SEMOGA BERJAYA !

Monday, September 26, 2011

SUSU 1 MALAYSIA

25 September 2011 - Susu 1 Malaysia telah diagihkan kepada murid-murid SKDM pada hari ini. Setiap murid mendapat sekotak susu UHT berperisa coklat dan ianya akan diagihkan 2 kali dalam seminggu.Untuk kali ini pihak sekolah telah menerima penghantaran sebanyak 948 kotak susu yang mana mesti diagihkan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam tempoh 2 minggu. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan tiada masalah. Murid-murid juga seronok menikmati minuman berkhasiat ini setelah sekian lamanya program ini tertangguh. Diharap usaha yang dijalankan ini berterusan dan lebih baik demi meningkatkan prestasi murid seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran mereka.

Sunday, September 25, 2011

BINGKISAN RAYA 2011

View all
25 September - Satu Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan di dewan terbuka
SKDM pada hari ini. Semua murid berseri-seri memakai baju raya dengan membawa pelbagai jenis kuih-muih. Selain daripada menjamu selera, murid-murid turut menunjukkan bakat mereka dengan mendendangkan beberapa buah lagu raya. Mereka juga diberi peluang membacakan kad ucapan Hari Raya (seperti gambar di atas) yang dihasilkan sendiri mengikut kelas. Majlis dihangatkan lagi dengan
persembahan daripada guru-guru dan sekaligus menutup tirai Sambutan Hari Raya Peringkat sekolah pada kali ini. Alhamdulillah. Walaupun majlis diadakan di penghujung Syawal tetapi semangat raya masih terasa dan dalam kesayuan ini  terkenang juga pada cikgu2 yang x-skdm, SELAMAT HARI RAYA kepada semua. Panjang umur, insyaallah kita jumpa lagi.

Monday, September 12, 2011

TIUPAN SEMANGAT UPSR 2011

Pada pagi Khamis yang lepas (8 September 2011) SKDM telah menerima lawatan dari En Md Adam Bin Ismail, Unit SPA JPNT yang mana beliau telah datang untuk membuat pemantauan menyeluruh kepada pengurusan sekolah dan latihan murid. Kesempatan ini juga telah digunakan beliau untuk bertemu murid-murid Tahun 6 dan memberi sedikit pesanan bagi menyuntikkan semangat kepada mereka semua.

Di sebelah tengahari pula, pihak sekolah turut menerima kunjungan daripada pegawai di PPD K.Trg iaitu YM Tuan Hj Tengku Azelam yang sungguh bersemangat memberi motivasi dan nasihat untuk persediaan akhir kepada calon UPSR 2011 di sini. Ucapan beliau sangat berkesan dan menyentuh perasaan murid-murid serta guru-guru. 

Pihak sekolah sungguh berbesar hati dengan lawatan mereka ini dan berharap program suntikan semangat ini akan berterusan pada masa hadapan.


SALAM PERPISAHAN

Baru-baru ni SKDM sering dikunjungi oleh Guru Pelatih daripada IPG Kampus Dato'Razali Ismail. Hmmm agak-agaknya nama SKDM semakin mendapat perhatian. Untuk kali ke 2 bagi tahun ini, SKDM disinggah lagi oleh mereka.

Hari ni nak cerita pasal 2 jejaka hensem (cikgu pratikum yg ditengah tu) dalam gambar ni diapit oleh 2 orang ustazah yg jelitawan.Guru pelatih ini dikenali sebagai :-

1. Muhammad Aizuddin Bin Kasman
2. Mohd Shahmim Ariff Bin Mahamad Nor

Kedua-duanya mengambil major MT1 dan minor PJ. Mereka mula ditempatkan di SKDM pada 3 Julai 2011 hingga 25 Ogos 2011 untuk menjalani sesi praktikum iaitu selama kira-kira 8 minggu. Sepanjang mereka di sini tentu murid-murid bertambah semangatkan? Hehe...Harap-harap biarlah semangat belajar yang meningkat demi mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Mungkin belum terlewat untuk pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih di atas usaha dan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua cikgu tersebut. Selain itu pihak sekolah juga ingin menyusun sepuluh jari lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, terkurang atau terlebih ke, harap-harap dimaafkan. 'Jarum yang patah jgn disimpan di dalam peti, silap dan salah harap dimaafi'.

Semoga pengalaman yang tak seberapa di sini dapat memberi ilham kepada cikgu berdua di masa akan datang apabila bertugas ditempat lain kelak. Keep in touch. :)

Thursday, August 25, 2011

Hari akhir persekolahan sebelum cuti raya

Pertama sekali, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga hari lebaran ini dapat kita sambut dengan penuh makna.

Pada 25 Ogos 2011 bersamaan 29 Ramadhan 1432H, semua warga SKDM berkumpul di surau sekolah untuk majlis bersalaman sebelum mereka bercuti seminggu menyambut Hari Raya Puasa.

Guru-guru telah diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata dan ucapan dalam pertemuan tersebut. Antara ucapan guru- guru termasuklah berpesan kepada pelajar supaya menyambut hari raya dengan cara Islam, Istiqomah dalam beribadat dan jangan bermain mercun.




Majlis berakhir sekitar 12.30.

~SeLAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN~



Tuesday, August 23, 2011

Perjumpaan ibu bapa /penjaga Murid Tahun 6

Guru besar Sk Durian Mas mengambil inisiatif ini untuk menerangkan beberapa perkara kepada ibu bapa.


Antara perkara yang diberitahu termasuklah berkenaan Analisa OTI 2011 . Hal ini dibincangkan bagi mendedahkan kepada ibu bapa berkenaan pencapaian penuh peperiksaan OTI 2011 pelajar Sk durian Mas.

Selain itu, Guru besar turut memberitahu ibu bapa berkaitan perjumpaan pelajar elit yang bertempat di Sk Tok Jiring. Pelajar yang terpilih perlulah hadir bersama-sama ibu bapa/penjaga masing-masing.






Thursday, August 18, 2011

Salam Aidilfitri

Add caption

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini dah 18 Ramadhan 1432H. Jika Hari Raya jatuh pada 30hb, bermakna tinggal sebelas hari lagi untuk semua umat Islam menunaikan ibadah puasa. Semoga anda semua masih diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meningkatkan amal ibadah terutamanya di 10 terakhir bulan ramadhan ini.

Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)


Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :
  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.


Thursday, August 11, 2011

Slmt menjalani Ibadah puasa dan selamat menyambut Nuzul Quran

Program Ihya Ramadhan 2011
Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, program Ihya Ramadhan dirancang khas untuk mengisi aktiviti murid dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Ia bertujuan mendidik murid menjadi individu muslim yang berpengetahuan khususnya mengenai Ibadah Puasa seterusnya menghayati Bulan Ramadhan sebagai bulan kebajikan. 

Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Soalan kuiz (Tahap 1)
2. Bacaan Al Quran setiap pagi
3. Pertandingan Buku Skrap
4. Pengumuman Info Ramadhan setiap hari 
5. Ceramah Ringkas Ramadhan setiap Hari Ahad di perhimpunan mingguan

Semoga program ini dapat melatih murid mencari maklumat dan input berkaitan Kelebihan Ramadhan, perkara-perkara berkaitan Puasa Ramadhan dan secara tak langsungnya akan melahirkan murid-murid yang bersungguh-sungguh melakukan ibadah puasa khususnya serta menjadi insan berkualiti baik pada amnya. InsyaAllah...

Sunday, July 31, 2011

Perasmian atau pelancaran program membaca

Perasmian program membaca dibuat oleh wakil undangan iaitu Ustz Nokman (Pengerusi PIBG) pada 31 Julai 2011 di Tapak Perhimpunan Skdm. Objektif program adalah untuk membantu peningkatan dalam peperiksaan UPSR, menimbulkan minat membaca dikalangan murid-murid dan membantu peningkatan melancarkan perjalanan program nilam. 
                                                                                                     

Kumpulan sasaran melibatkan kesemua murid iaitu bermula daripada Pra- darjah 6.  Antara mekanisme pelaksanaan adalah pondok bacaan , surau sekolah, perpustakaan ruang rehat dan di bawah pokok. 

     Justeru, perlulah ada langkah kawalan oleh guru terhadap murid-muridnya. Antara langkah pengawalannya termasuklah:-

a) Murid mencatat dalam buku Nilam
b)Tindakan akan diambil terhadap murid yang ingkar
c)Semua pengawas akan diberi tugas supaya menjalankan tugasan dengan penuh tanggungjawab.
d) Semua guru ditugaskan menjalankan tugasan dengan membuat pemerhatian yang benar-benar berkesan.

Kesimpulannya, Diharapkan projek ini dapat melahirkan murid-murid yang gemar membaca di mana pada tahun 2013 hasil daripada projek ini, lahirlah 1 budaya yang sihat iaitu membaca menjadi 1 budaya di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Durian Mas. InsyaALLAH!


Thursday, July 21, 2011

Lawatan pelajar Tahun 6(Sambil Belajar)

Semua pelajar tahun 6 dan guru-guru Tahun 6 terlibat.


 Masih dalam  proses lawatan! Antara tempat lawatabn termasuklah:P.Wan Man, Ttc, Perpustakaan  dan Muzium .

Monday, July 11, 2011

Mesyuarat Induk Pengurusan Program


Pihak Sekolah membincangkan program membaca peringkat sekolah. Sehubungan itu, ahli mesyuarat turut membincangkan berkenaan pelancaran hari membaca pada 27  Julai 2011.

Sebagai inisiatif, pondok membaca didirikan bagi memupuk semangat membaca dikalangan pelajar SKDM. Idea diberikan oleh Guru Besar, En Abdullah b. Omar. Beliau turut turun padang demi memastikan program berjalan dengan lancar.  Selain itu,  kawasan menunggu, turut dijadikan seperti perpustakaan mini yang mana terdapat beberapa pelajar ditugaskan menyusun buku apabila tiba waktu persekolahan dan mengambil kembali buku-buku tersebut apabila tamat waktu persekolahan.

Monday, July 4, 2011

Kem kecemerlangan Pelajar 2011

Kem kecemerlangan diadakan pada 30 Jun, 1 dan 2 Julai 2011. Kem ini melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dengan peperiksaan UPSR bertempat di SK Durian Mas. 
Beberapa penceramah jemputan diundang bagi memberikan motivasi dalam setiap pelajaran UPSR.



Semoga dengan kem yang diadakan dapat menaikkan lagi semangat pelajar dalam menghadapi UPSR 2011 dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah. Amin.


Sunday, May 22, 2011

Minggu peperiksaan

        Minggu peperiksaan sudahpun bermula iaitu pada hari ini, Ahad 21 Mei 2011. Ada pelajar yang memulakan peperiksan dari minggu lepas lagi....
         Jangkaan peperiksaan tamat adalah pada hari Khamis , iaitu pada 26 Mei 2011. Dan selepas itu, pelajar2 sekolah akan bercuti selama 2 minggu..Semoga pelajar-pelajar berjaya mencapai target sekolah yang mana masing2 dapat mencapai 5A dalam setiap pelajaran.
          Selamat maju jaya kepada semua pelajar SKDM.




Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei 2011."GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" merupakan tema bagi sambutan Hari Guru pada Tahun ini. 

Seawal  8 pagi, guru-guru berkumpul di Padang sekolah bagi memeriahkan  permulaan acara iaitu acara pertandingan olahraga sesama guru dimana murid adalah para penontonnya.




 

Wednesday, May 11, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-15


Acara kejohanan diadakan bermula daripada 8Mei 2011- 11Mei 2011. Perasmian atau kemuncak kejohanan adalah pada Hari Rabu (11 Mei 2011).

Acara kejohanan diuruskan oleh Cikgu Zakaria dengan pemantau PK Ko iaitu Ustazah Maznah bt Mohamad Zin dan acara ini turut dibantu oleh guru-guru yang lain mengikut tugas masing-masing.

Apa yang membanggakan, SKDM merangkul pingat emas dalam acara 4x200M bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

Johan bagi rumah sukan adalah Rumah kuning. Tempat kedua dimenagi oleh Rumah Hijau , tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Merah. Rumah Biru mendapat tempat terakhir dalam kejohanan sukan pada kali ini. Di bawah adalah mercu tanda kejayaan bagi setiap rumah.

 
Pearakan 4 rumah sukan mengikut kostum dan gaya masing-masing.
Olahragawati Sekolah

 
Olahragawan sekolah