Tuesday, November 17, 2015
Wednesday, November 11, 2015
PERTUNJUKAN KEBAKARAN DARI BALAI BOMBA DAN MAJLIS PERPISAHAN TAHUN 6
Ceramah dan pertunjukan memadam api dari pihak bomba
Ceramah diberikan oleh En. Badrul hisyam b. Mamat (PBK2) dan dibantu oleh En. rosmadi Ayu bin Wahab dan En. rinozamrudin bin Mat Lawi.
Ceramah diberikan oleh En. Badrul hisyam b. Mamat (PBK2) dan dibantu oleh En. rosmadi Ayu bin Wahab dan En. rinozamrudin bin Mat Lawi.
Tuesday, November 3, 2015
Thursday, October 29, 2015
Pendaftaran prasekolah 2016
29 OKTOBER 2015 ((KHAMIS))
Makmal komputer , SK Durian Mas, Manir, 21200, Kuala Terengganu.
Program dikendalikan olen Pn. Raihan bin Azmi dan Pn. Sanoni binti Ismail. Pihak pentadbir dan ibu bapa turut dijemput untuk sama-sama menjayakan pendaftaran murid prasekolah.
Ibu bapa mendaftar kehadiran |
Guru besar memberikan sepatah dua kata |
Para ibu bapa yang hadir |
Tuesday, October 27, 2015
Kem Aqil Baligh
26 Oktober 2015 (Isnin)
Surau , SK Durian Mas, Manir, 21200, Kuala Terengganu. Program pasca UPSR : Kem aqil baligh berserta amali mandi wajib. Penceramah jemputan adalah Ustaz Ahmad Tarmizi bin Ismail
Thursday, October 22, 2015
Ceramah remaja
20 Oktober 2015 (Selasa)
Makmal komputer , SK Durian Mas, Manir, 21200, Kuala Terengganu.
Ceramah dari Klinik Kesihatan Daerah kuala Terengganu berkenaan Kesedaran kesihatan di kalangan remaja oleh Dr. Nur Azimah binti Abdul Aziz dari Unit Perkhidmatan Kesihatan Daerah kuala Terengganu.
Thursday, October 15, 2015
SAMBUTAN 1 MUHARAM 1437H
Murid-murid berkumpul di Tapak Perhimpunan seawal 7.30 pagi. Murid-murid mengalunkan selawat Nabi sempena menyambut Tahun Baru Islam.
Tuesday, October 13, 2015
Program ADK anti dadah
Ceramah anti dadah disampaikan oleh En . Mohd Napias bin Mohd Noor dan dibantu oleh En. EdieIzwan bin Mohd Suhaimi.
Sesi penerangan. |
Pameran dadah
Monday, October 12, 2015
kursus pengurusan jenazah
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu
Menyedari hakikat itu, pihak sekolah menjemput Ustaz Mohamad bin Deraman dari Jabatan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri terengganu bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya demontrasi-demontrasi tersebut , semoga dapat memberi pencerahan kepada warga sekolah berkenaan pengurusan jenazah. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
1. Penyediaan Kain kafan.
1. Demonstrasi mandi jenazah.
3. demonstrasi solat jenazah
4. mengebumikan jenazah
5. soal jawab berkenaan pengurusan jenazah.
"Kullu nafsin zaa iqotul maut....(SETIAP YANG HIDUP PASTI MERASAI MATI!!!!"
Saturday, October 10, 2015
HARI SUKAN NEGARA
Zumba sempena Hari sukan negara |
Acara berlari bawa bola memegang penyepit |
Menolak tayar |
Berjalan menggunakan tali yang diikat tempurung |
Berlari mengheret bola dengan gegelung rotan |
Lari berganti |
Pemenang prasekolah menerima hadiah |
Tuesday, September 8, 2015
Peperiksan UPSR bermula dan Lawatan Murid Prasekolah ke JPAM
8 September 2015, bermula UPSR 2015. Diharap murid -murid dapat menjwab soalan peperiksaan dengan tenang. Antara yang boleh dibuat sebelum peperiksaan adalah:-
Ambil wudhuk' ,kumpul alat tulis dan genggam alat tulis tersebut. Bacalah bacaan-bacaan berikut:
- Al-Fatihah,7 kali
- Selawat,7 kali
- Tasbih(Subhanallah),Tahmid(Alhamdulillah),Tahmid(Alhamdulillah) masing2 44 x
- Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
- Seterusnya, bcalah doa
Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..” Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak
Pada hari peperiksaan, ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Semoga dengan usaha, doa dan tawakkal, dimudahkan jalan oleh Allah S.W.T mendapat kecemerlangan dalam UPSR .
Lawatan murid-murid prasekolah ke JPAM(Jabatan pertahanan Awam. Aktiviti di JPAM termasuklah aktiviti mewarna , melihat demontrasi penangkapan ular dan murid-murid dapat memasuki kapal besar yang berada di Jabatan tersebut..
Aktiviti mewarna |
Murid-murid diperkenalkan dengan boat kecemasan |
Pertunjukan menangkap ular |
Murid-murid Sk Durian Mas bergambar bersama ular Sawa |
Murid-murid bergambar sebelum balik |
Lagi gambar sebelum menaiki bas |
Thursday, August 20, 2015
PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN
Pelancaran Hari kemerdekaan diadakan pada hari Ahad sempena Hari perhimpunan mingguan murid-murid di Tapak perhimpunan.
Hari merdeka disambut pada 31 ogos 2015.
Rentetan peristiwa sambutan Hari Kemerdekaan
Guru wanita berdiri tegak menyayikan lagu tema Hari Kemerdekaan |
Guru lelaki turut bersemangat mengibarkan jalur gemilang |
Murid-murid turut serta dalam nyanyian |
Murid bersama guru mengibarkan bendera Malaysia |
Pemenang lukisan dan mewarna Hari merdeka |
Hiaswan basikal Hari merdeka |
Pemenang Hiasan basikal Hari merdeka |
Barisan guru-guru wanita |
Ala-ala gaya saloma |
Saturday, July 25, 2015
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015
25 Julai 2015 , Sambutan Hari Raya
114112- Pengurus muzik |
114422-Persembahan nyanyisn lsgu raya individu |
114947-Persembahan Tahun ^ mewakili tahap 2. Lagu Kun Anta |
Persembahan lagu raya dari murid Tahun 3 mewakili tahap 1 |
120402-Hadiah kepada pemenang Pertandingan mewarna |
125717 BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI |
Subscribe to:
Posts (Atom)