{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Thursday, October 29, 2015

Pendaftaran prasekolah 2016


29 OKTOBER 2015 ((KHAMIS))
Makmal komputer , SK Durian Mas, Manir, 21200, Kuala Terengganu.



Program dikendalikan olen Pn. Raihan bin Azmi dan Pn. Sanoni binti Ismail. Pihak pentadbir dan ibu bapa turut dijemput untuk sama-sama menjayakan pendaftaran murid prasekolah.
Ibu bapa mendaftar kehadiran 
Guru besar memberikan sepatah dua kata

Para ibu bapa yang hadir
Pelantikan AJK Pewaris 2016

Tuesday, October 27, 2015

Kem Aqil Baligh


26 Oktober 2015 (Isnin)
Surau , SK Durian Mas, Manir, 21200, Kuala Terengganu. Program pasca UPSR : Kem aqil baligh berserta amali mandi wajib. Penceramah jemputan adalah Ustaz Ahmad Tarmizi bin Ismail

Thursday, October 22, 2015

Ceramah remaja


20 Oktober 2015 (Selasa)
Makmal komputer , SK Durian Mas, Manir, 21200, Kuala Terengganu.


Ceramah dari Klinik Kesihatan Daerah kuala Terengganu berkenaan Kesedaran kesihatan di kalangan remaja oleh Dr. Nur Azimah binti Abdul Aziz dari Unit Perkhidmatan Kesihatan Daerah kuala Terengganu.


Thursday, October 15, 2015

SAMBUTAN 1 MUHARAM 1437H

Murid-murid berkumpul di Tapak Perhimpunan seawal 7.30 pagi.  Murid-murid mengalunkan selawat Nabi sempena menyambut Tahun Baru Islam.

Tuesday, October 13, 2015

Program ADK anti dadah

Ceramah anti dadah disampaikan oleh En . Mohd Napias bin Mohd Noor dan dibantu oleh En. EdieIzwan bin Mohd Suhaimi.

Sesi penerangan.


Pameran dadah




Jenis-jenis dadah






Monday, October 12, 2015

kursus pengurusan jenazah

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu

Menyedari hakikat itu, pihak sekolah menjemput Ustaz Mohamad bin Deraman dari Jabatan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri terengganu bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya demontrasi-demontrasi tersebut , semoga dapat memberi pencerahan kepada warga sekolah berkenaan pengurusan jenazah. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.


1. Penyediaan Kain kafan.


1. Demonstrasi mandi jenazah.



3. demonstrasi solat jenazah


4. mengebumikan jenazah


5. soal jawab berkenaan pengurusan jenazah.


"Kullu nafsin zaa iqotul maut....(SETIAP YANG HIDUP PASTI MERASAI MATI!!!!"

Saturday, October 10, 2015

HARI SUKAN NEGARA





Zumba sempena Hari sukan negara
Antara permainan -permainan pada hari sukan

Acara berlari bawa bola memegang penyepit

Menolak tayar

Berjalan menggunakan tali yang diikat tempurung

Berlari mengheret bola dengan gegelung rotan

Lari berganti
Murid-murid menerima hadiah
Pemenang  prasekolah menerima hadiah