"Faedah membaca itu sangat banyak antaranya ia dapat melancarkan lidah, mengembangkan akal, menjernihkan fikiran, menghilangkan keresahan, mengambil pengajaran dari pelbagai pengalaman nilai-nilai keutamanya".
Pepatah melayu mengatakan :
"Membaca itu jambatan ilmu"
Sasterawan arab mengatakan :
"القراءة مفتاح العلم"
(membaca kunci ilmu pengetahuan)
Malah, wahyu pertama (Surah al-'Alaq ayat 1-5) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril juga menyeru seluruh umatnya untuk membaca.
Justeru, SKDM telah mengadakan program Nilam, Bulan Bahasa dan PSS bagi sesi 2016 bagi menerapkan nilai-nilai yang telah dinyatakan di atas.
Pada 28 Februari 2016 yang lepas, telah diadakan Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Bahasa dan PSS bertempat di dataran perhimpunan SKDM.
Penerangan ringkas tentang aktiviti yang akan diadakan di sepanjang bulan bahasa disampaikan oleh Puan Ruhana Binti Yaani, Penyelaras PSS SKDM.
Majlis turut diserikan dengan persembahan yang disampaikan oleh para pelajar SKDM.
Story telling oleh adik Damia.
Jazz Chant oleh pelajar tahun 5.
Nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa oleh pelajar tahun 6.
Persembahan bahasa arab yang bertajuk 'Jismi' disampaikan oleh pelajar tahun 2.
Ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar.
Gimik pelancaran.
Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan di sepanjang bulan bahasa:
BAHASA MELAYU :
1. Bacaan mekanis.
2. Pertandingan tulisan cantik.
3. Menulis cerita pendek.
4. Melengkapkan cerita.
5. Pertandingan pantun dan pidato.
6. Pertandingan sahibba.
7. Pertandingan bercerita.
8. Melengkapkan karangan.
9. Mendeklamasikan sajak.
10. Meneka judul buku.
BAHASA INGGERIS :
1. Learn a word a day.
2. Word search.
3. Colour it right.
4. Word building.
5. Crossword puzzle.
6. Spelling bee.
7. Poem recitation.
8. Treasure hunt (3Bahasa)
9. SMART English (action song / spell it right / missing link)
BAHASA ARAB :
1. Hiwar (perbualan).
2. Anasyeed (nasyid).
3. Perbendaharaan kata.
4. Bahsul suwar mukhofiyyah (cari gambar tersembunyi).
5. Teka bilangan gula-gula.
Diharapkan para pelajar dapat mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Semoga aktiviti yang direncanakan berjalan dengan lancar.
"MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA"