{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Profil Sekolah

VISI SEKOLAH


MISI



PIAGAM PELANGGAN
  • Memberikan pendidikan berkualiti
  • Memastikan semua murid semua menguasai 3M
  • Menyediakan kemudahan pembelajaran dengan lengkap
  • Memastikan keselamatan semua murid terjamin
  • Menyediakan kemudahan bimbingan dan kaunseling
  • Mengadakan kelas intensif  dan program pemulihan
  • Melaksanakan program kokurikulum yang bersepadu
  • Mewujudkan hubungan yang erat antara ibubapa dengan masyarakat.
  • Memastikan  hubungan mesra, cekap dan tepat dengan semua pihak
  • Menerima sebarang teguran dan saranan yang positif
MOTO 

"HIDUP BERILMU"

LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Durian Mas
Sekolah indah memikat hati
Hijau pepohon menyegar pandangan
Aman damai suasana indah


C/o
Bersopan santun amalan kami
Berbudi bahasa hiasan diri
Tekun belajar setiap hari
Bawah pimpinan guru bestari

Oh sekolahku yang tercinta
Tempat benihmu yang terselah
Kenangan indah subur sentiasa
Sampai bilapun ingat jua
Sampai bilapun  ingat jua.

LENCANA SEKOLAH





Kuning-Kesetiaan kepada raja dan negara
Biru -Perpaduan dan kerjasama warga SK Durian Mas, Manir
Obor - Semangat perjuangan menuju kejayaan
Buku Kewajipan dan kesungguhan menuntut ilmu sepanjang hayat.



SEJARAH SEKOLAH
Pada 29 Mei 1977, Sekolah Kebangsaan Durian Mas dibuka dengan keramaian murid 54 orang . Pelajar mula belajar di sebuah bangsal dengan tenaga pengajar seramai 2 orang. Sekolah ini mulanya ditadbir oleh Guru Besar Sk Durian Mas, Manir.

Pada 4 Jun 1977, bangunan sementara sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh YB Dato' Seri Amar DiRaja iaitu Tan sri Wan Mokhtar b. Ahmad Menteri Besar Terengganu Darul  Iman. 

Pada 6 Ogos 1977, bangunan sekolah ini, telah ranap dipukul ribut. Murid-murid tidak dapat belajar selama 2 hari. Pada hari Selasa , 10 Ogos 1977, sekolah dibuka semula dengan menumpang di atas surau dan wakaf (Allahyarham). Dengan daya usaha Tuan Haji Mustaffa b. Said, bekas guru Besar SK Kebangsaan Manir, Bangunan yang roboh telah dibaiki dengan kerjasama orang-orang kampung. Pada 21 Ogos 1977, murid-murid telah dapat belajar seperti biasa.

Pada tahun 1980, Jabatan Pendidikan Terengganu telah meluluskan sebuah bangunan kekal 2 tingkat dan pada 11 Januari 1981 , murid-murid telah menggunakan bangunan baru dengan arahanm Guru BesarSk Durian Mas, Tuan Haji Affandi b. Abdullah.

Pada 1 Januari 1983, sekolah ini telah diasingkan daripada sekolah Kebangsaan Manir yang mana Tuan Haji Ahmad b. Muda dilantik sebagai Guru besar menjalankan pentadbirannnya sehinnga 23 Mac 1992.

Bermula 24 Mac 1992, tugas pentadbiran sekolah dipangku oleh Guru Penolong KAnan 1 iaiytu  Cikgu Abdul Aziz b. Alias sehingga 31 Ogos 1992. Kekosongan jawatan didi oleh Cikgu Mokhtar b. Embong bermula 1 September 1992 sehingga 30 November 1995. selepas itu, beliau ditukarkan ke Sekjolah Duyong.

Pada 5  Mei 1984, KPP Perancangan, pembangunan dan bekalan Dari Jabatan Pendidikan Terengganu telah meluluskan segera 3 bilik darjah dan pembinaan dijalankan sehinnga 13 Januari  1985.

Dengan pertambahan murid, tahun demi tahun , maka pihak sekolah memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengadakan bilik-bilik tambahan . Setelah dipertimbangkan, pihak KPP perancangan , Pembangunan dan bekalan telah meluluskan 3 bilik darjah di bawah projek gontong royong dan p[embinannya dimulakan pada bulan Mac 1989 . Bangunan tersebut telah dapat digunakan.

Pada bulan Julai 1983, 1 bangunan 2 tingkat mengandungi 6 bilik darjah , sebuah Pusat Sumber dan bilik Kemahiran Hidup mula dibina dan disempurnakanpemyerahan oleh JKR pada 17 Ogos 1994. Bangunan ini dapat digunakan oleh pihak sekolah pada 28 Ogos 1994.

Berikutan pertukaran Cikgu Mokhtar b, Embong, jawatan Guru Besar Sk Durian Mas, Manir telah disandang oleh Cikgu Ahmad b. Ali bermula Disember 1995 hinggan beliau pencen pada 23 Ogos 1999. Tempat beliau diganti oleh Cikgu Tuan Haji Yusof b. Mahmood dimulai pada 24 Ogos 1999.

Selepas Cikgu Tuan Haji Yusof b. Mahmood bersara , tempat beliau digantikan oleh Cikgu Noraini , Cikgu Abdullah b. Omar. Cikgu Abdullah banyak melakukan perubahan untuk sekolah ini. Antaranya penambahbaikan surau, Pnyuburan kebun , permohonan whiteboard di dalam kelas yang paling membanggakan pembinaan parking kereta yang juga menjadi Dewan Terbuka dan bermacam-macam lagi.

Dan bermula pada tahun 2013 ,sekolah ini diterajui oleh Cikgu Mohamad b. Sulaiman sebagai Guru Besar sehingga tahun 2014.Dalam jangkamasa sekolah di bawah pimpinan beliau, banyak juga perubahan dilakukan termasuklah pembaikian pagar-pagar , penambahbaikan aircond sekolah dan menambahbaikkan lagi pentas dewan terbuka
Mohamad bin Sulaiman


    Bermula 2015, Cikgu Che Muhammad Nor b. Che Yusoff menggantikan cikgu Mohamad b. Sulaiman yang ditukarkan ke SK bukit Bayas.Beliau ditukarkan daripada SK Durian Burong.


    Hj Che Muhammad Nor bin Che Yusof