Sunday, December 28, 2014
Wednesday, November 26, 2014
Pengumuman Keputusan UPSR
Hari ini 26 Disember merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. Cikgu Hilmi dan Cikgu Zakaria ke SK SS2 bagi mengambil keputusan tersebut.
Seramai 3 orang murid mendapat 5A daripada 36 orang calon dan seramai 6 orang murid mendapat 4A, 1B (peningkatan 5.86%) berbanding tahun lepas. Lulus minimum C juga meningkat sebanyak 13.14 % kepada 86.11% berbanding 72.97% pada 2013. Apa yang lebih membanggakan ialah Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat dari 2.18 ke 2.01 - peningkatan sebanyak 0.17.
Tahniah kepada semua guru dan murid-murid yang berjaya. Semoga beroleh kejayaan yang lebih cemerlang di tahun-tahun yang mendatang.
Thursday, November 6, 2014
MAJLIS ASYURA DAN PROGRAM MEMBACA
Pada 6 November 2014 , sekolah telah mengadakan Majlis mengacau bubur Asyura dan program membaca 1Malaysia. Majlis dimulakan seawal 7 pagi. Guru-guru mengambil tugasan masing-masing bagi mengawal 2 program sekaligus. Orang-orang kampung dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis.
Selain itu, kuiz dan ceramah sempena Maal Hijrah turut diadakan yang mana dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Yazi b. Omar. Selepas aktiviti ceramah dan kuiz, pengagihan bubur Asyura dimulakan kepada murid-murid dan semua yang terlibat.
Thursday, October 9, 2014
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN
7 Oktober 2014, sambutan Hari raya diadakan di SK Durian Mas. Antara yang terlibat termasuklah PIBG SK Durian Mas, JKK Kg Durian Mas, dan JKK Kg. Tualang.
Seawal 6.30 pg, seekor lembu yang disumbangkan oleh YAB Dato Ahmad Razif b. Abd. Rahman(MB Trg) telah disembelih oleh beberapa orang yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

