{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Tuesday, October 11, 2011

TAWARAN TENDER KANTIN SKDM

Pihak pengurusan SKDM telah mengeluarkan Tawaran Tender Kantin untuk sesi 2012 - 2013. Individu yang berminat bolehlah mendapatkan Borang Tender Kantin di pejabat SKDM secara PERCUMA pada waktu pejabat mulai 6 Oktober 2011 hingga 20 Oktober 2011.

Sedikit info mengenai Tender Kantin ini :-

1. Perjanjian Kantin ini akan bermula pada 1 Disember 2011 hingga 30 November
    2013 ( 24 bulan ).
2. Pembayaran Sewa Kantin pada bulan Disember 2011 dikecualikan.

3. Jumlah murid di SKDM adalah seramai 262 orang manakala jumlah guru + staf
   + pekerja adalah seramai 37 orang.

4. Hantar borang yang telah siap diisi menggunakan pos berdaftar dan bertanda
    SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH di bahagian atas sudut kiri.

5. Sertakan juga wang pos bernilai RM100.00 atas nama GURU BESAR SK
    DURIAN MAS, KUALA TERENGGANU.

6. Borang serta dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat
    SKDM selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2011 jam 12.00 tgh.

Diharap kepada sesiapa yang berminat cepat-cepat mengambil borang, isi dan hantar.

SEMOGA BERJAYA !

Monday, September 26, 2011

SUSU 1 MALAYSIA

25 September 2011 - Susu 1 Malaysia telah diagihkan kepada murid-murid SKDM pada hari ini. Setiap murid mendapat sekotak susu UHT berperisa coklat dan ianya akan diagihkan 2 kali dalam seminggu.Untuk kali ini pihak sekolah telah menerima penghantaran sebanyak 948 kotak susu yang mana mesti diagihkan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam tempoh 2 minggu. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan tiada masalah. Murid-murid juga seronok menikmati minuman berkhasiat ini setelah sekian lamanya program ini tertangguh. Diharap usaha yang dijalankan ini berterusan dan lebih baik demi meningkatkan prestasi murid seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran mereka.

Sunday, September 25, 2011

BINGKISAN RAYA 2011

View all
25 September - Satu Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan di dewan terbuka
SKDM pada hari ini. Semua murid berseri-seri memakai baju raya dengan membawa pelbagai jenis kuih-muih. Selain daripada menjamu selera, murid-murid turut menunjukkan bakat mereka dengan mendendangkan beberapa buah lagu raya. Mereka juga diberi peluang membacakan kad ucapan Hari Raya (seperti gambar di atas) yang dihasilkan sendiri mengikut kelas. Majlis dihangatkan lagi dengan
persembahan daripada guru-guru dan sekaligus menutup tirai Sambutan Hari Raya Peringkat sekolah pada kali ini. Alhamdulillah. Walaupun majlis diadakan di penghujung Syawal tetapi semangat raya masih terasa dan dalam kesayuan ini  terkenang juga pada cikgu2 yang x-skdm, SELAMAT HARI RAYA kepada semua. Panjang umur, insyaallah kita jumpa lagi.