{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Monday, November 19, 2012

Demam result UPSR

UPSr kali ini menunjukkan sedikit penurunan. Negeri Terengganu menjadi Top "3" di Malaysia. Setelah 11 tahun memegang juara, kali ini Terengganu memberikan tempat kepada Wilayah Persekutuan diikuti Kelantan.

Sk Durian Mas mencatat 3 orang murid yang mendapat 5A.. Semoga Sk Durian Mas mencatat keputusan yang lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

Sunday, November 18, 2012

Thursday, September 20, 2012

SLMT DATANG PK KO BARU

Ketiadaan PK 1 sekolah iaitu Ustazah Aminah Yusoff sangat dirasai setelah beliau berhenti berkhidmat seusia 58 tahun. Namun, tempat beliau digantikan melalui kenaikan pangkat diperingkat sekolah yang mana tempat beliau digantikan oleh PK HEM dan tempat PK HEM digantikan oleh PK Ko. Sepanjang ketiadaan PK KO, PK Ko yang lama iaitu Ustazah Maznah Mohd Zin menggalas tanggungjawab PK Ko dan PK Hem. Dua tanggungjawab yang besar selama 1 bulan. Namun begitu dia menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sepenuh hati.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya datanglah
 Cikgu Mohd Lutfi b. Ismail telah datang melaporkan diri di Sk Durian Mas menggalas tanggungjawab sebagai PK Ko. Beliau berpindah dari SK Telemong ke sini. Semoga kedatangan PK Ko dapat meningkatkan lagi program kokurikulum sekolah serta dapat membawa perubahan-perubahan yang lebih baik lagi dalam bidang tersebut. InsyaAllah!



Tuesday, September 11, 2012

UPSR

Hari ini adalah hari peperiksaan besar bagi semua murid Tahun 6. Tidak tahulah apa perasaan murid-murid yang menjawab peperiksaan.

Apa yang pasti, guru-guru yang mengajarlah yang paling berdebar. Sehinggakan tertinggal beg sekolah anaknya. Debarnya melebihi saat dia menempuh ujian dulu. Almaklum, UPSR lambang hasil didik seorang guru. Berjaya muridnya, berbaloi rasanya hasil titik peluhnya selama ini..

Walau apa pun, kepada semua murid UPSR terutamanya murid SK Durian Mas, buktikan kamu boleh mencapai 5A. Jangan biarkan usaha gurumu, penat lelah gurumu selama ini menjadi sia-sia.. Selamat maju jaya dan Semoga tuah menjadi milikmu..

Gb sekolah yang sedang berada di wad. Cikgu janganlah terlalu bimbang. InsyaAllah, semua anak-anak Sk Durian Mas mencapai kejayaan. Semoga mencapai target sekolah, bilangan 5A ditingkatkan lagi.. Amin.