Wednesday, November 13, 2013
Monday, November 11, 2013
SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU
Monday, October 28, 2013
HARI PERSARAAN GURU BESAR TERCINTA
Thursday, September 12, 2013
BERAKHIR UPSR 2013
Monday, August 26, 2013
SAMBUTAN RAYA 2013
Monday, July 1, 2013
HARI KELUARGA BERSAMA KELAB GURU
Thursday, June 27, 2013
HARI PERASMIAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2013
27 Jun 2013 merupakan hari perasmian sukan tahunan bagi SK Durian MAs setelah 3 hari menjalani pertandingan sukan peringkat sekolah. Rumah merah , hijau, kuning dan biru menjadi lambang kepada pertandingan tersebut. Mata yang terkumpul akan dikira pada hari terakhir pertandingan bermula dari Hari Selasa hinggalah hari Khamis. Antara pertandingan termasuklah Lari mengumpul kacang, lari menarik bola dengan gelung dan sebagainya bagi tahap satu. Bagi tahap dua pula, Pertandingan merangkumi larian 4x 100m, larian 200m dan sebagainya. Jemputan turut diundang bagi memeriahkan lagi majlis. Di samping itu, pertandingan turut terbuka kepada pegawai dan ibu bapa seperti pancing botol.
Hari Sukan disudahi dengan perasmian oleh pengerusi PIBG dan diakhiri dengan pembahagian hadiah.
Thursday, May 16, 2013
Sambutan Hari Guru
Sunday, April 21, 2013
Perkhemahan peringkat sekolah 2013
Wednesday, April 3, 2013
Tuesday, February 5, 2013
Majlis Permuafakatan Guru dan ibu bapa
Liputan Aktiviti Januari 2013
31 Januari 2013- Sambutan Maulidul rasul. Beberapa orang pegawai polis dipanggil bagi mengawal keadaan jalan.
Wednesday, January 2, 2013
Selamat datang 2013
Semoga kehadiran tahun baru dapat meningkatkan lagi mutu dan prestasi pelajaran murid-murid dengan meningkatnya semangat tenaga pengajar dan muridnya menuju kecemerlangan. Semua tabiat lama yang tidak elok perlu dikikis dan digantikan dengan tabiat yang jauh lebih indah lagi..
Meskipun kita bergembira menyambut tahun baru, tapi jangan kita lupa sebenarnya kematian semakin mendekat dengan kita. Tingkatkan amal, jauhkan kemungkaran. Kuatkan ibadat , kurangkan perkara yang mendatangkan dosa.. Biarlah kita tergolong dikalangan hambanya yang tertarik kepada kebaikan. Jangan sesekali meninggalkan solat kerana solat melambangkan sejauh mana teguhnya tiang agama kita.
Bagi warga sekolah wanita, carilah pakaian yang menutup aurat. Maruah kita sebagai wanita perlu dijaga. Dan bagi warga sekolah lelaki, anda adalah KETUA! Buruk baiknya wanita, tergantung kepada anda kerana anda adalah pemimpin. kecemerlangan pelajaran dan kecemerlangan agama adalah seiring kerana agama yang baik untuk akhlak yang baik bagi mewujudkan kecemerlangan. Contoh seorang guru sangat penting untuk seorang muridnya. Semoga tahun baru kita penuh dengan amal kebaikan dan kecemerlangan bersama InsyaAllah!
Salam kemaafan,
Bertemu lagi dalam kebaikan.