{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Thursday, January 23, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 23 Januari 2014

Seawal 8 pagi , perhimpunan diadakan di dataran perhimpunan SK Durian Mas , manir.
Semua murid berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Guru-guru, murid-murid dan semua yang terlibat memulakan perarakan ke Masjid Kg Padang Tengir.



Sesampainya di Masjid, murid-murid disambut oleh AJk MAsjid yang menyediakan sarapan pagi. Seterusnya , murid-murid mendengar ceramah dari Imam Masjid Al-Ikhlas, Kg Banggol Tuan Muda iaitu Ustaz  JAuzi bin Abdul RAhman. Ceramahnya berkisar tentang kehidupan Nabi bermula daripada kelahiran Nabi sehinggalah perkahwinana NAbi Muhammad S.A.W. Disamping menyelitkan isu semasa berkisar tentang akhlak muda-mudi zaman sekarang yang begitu mudah membelakangi ibu bapa semata-mata mengikut kekasih yang mana berakhir dengan kisah tragis digilis lori besar.


Selesai ceramah daripada Ustaz Jauzi, murid-murid diberikan kuiz berkenaan kisah hidup Nabi berkisar daripada ceramah Ustaz Jauzi sebelum itu. Berakhir kuiz, Murid-murid beransur untuk bertolak sekolah dengan sedikit kiriman cenderamata oleh pihak masjid.


Sesampai di sekolah , murid-murid berehar seketika , seterusnya diadakan pertandingan melukis dan mewarna.


Nota: GAmbar akan dimasukkan semula oleh jurugambar, kerana kesuntukan waktu.

No comments: